March 12, 2010

Senarai Tindakan-tindakan Bodoh

Perkara-perkara yang Teacher Nani rasa layak masuk Senarai Tindakan-tindakan Bodoh yang Sering Remaja Perempuan Melayu Zaman Sekarang Buat.

Keluar shopping mintak izin BF. Tak dapat izin, tak shopping. Kesian BF engkau, tak pasal-pasal kena berlakon jadi suami.

Nak beli subang silver RM16 saja pun mesti MMS gambar subang tersebut untuk dapat approval BF. Macamlah guna duit dia kan?

Tak berkawan dengan orang lain dalam male species atas alasan setia-membabi-buta-tuli kat BF dan melarang BF engkau berkawan dengan perempuan lain. Kalau dia pasang 12 pun engkau boleh cakap apa, heh? Kalau engkau isteri pun tak boleh buat apa kalau dia tamak mau pasang 4.

Makan yang dibenarkan oleh BF saja. Ayam goreng tak boleh, nanti BF malu ada GF gemuk. Kesian. Tak merasalah engkau ayam goreng berempah best Teacher Nani.

Pakai tudung masa dating sebab BF suruh, masa lain bogel kepala. Apa pasal engkau tak sembah je BF engkau tu sehari 5 kali?

Terus cemas macam perempuan belum kawin tapi tak datang bulan kalau BF tak datang fetch nak pergi mana-mana. Tak pernah dengar tentang kewujudan bas kah?

Sambil berjalan-jalan mesti bergayut di badan BF macam monyet tak pernah jumpa pokok. Engkau memang tak pernah hadir pada setiap hari yang ada subjek Pendidikan Islamkah masa sekolah dulu?

Add semua perempuan dalam FB friends list BF. Macamlah kalau dia curang tu akan kantoi di FB. Entah apa-apa.

Tak makan seminggu sebab nak reload credit untuk bergayut tanpa wayar pula dengan BF. Selfless tak bertempat sambil membebankan financial orang lain kena bagi engkau pinjam duit pulak.

Balik dating salam cium tangan BF. Cium pipi juga time rasa-rasa Tuhan tak nampak tu kan? Gila tinggi ah taraf BF engkau. Macam mak bapak engkau dah jadinya, kan? Bagus.

Camwhoring bersama BF dengan berpakaian macam orang zaman batu lepas tu upload kat FB dengan caption ‘Sweet tak?’ dan mengamuk macam gajah naik minyak bila orang tegur pasal aurat engkau.

Dan ambil gambar bogel sendiri untuk di-MMS kepada BF dengan caption ‘Your baby’ dengan penuh keyakinan yang perbuatan itu tak apa selagi dia menganggap engkau bayinya. Macam ayah engkau tengok engkau masa baru lahir dulu lah bukan?


Readers, kamu ada lagi nak tambah?


p/s: Tajuk memang sengaja jadi redundant.

58 scribbleback (s):

Ayaq masak said...

Bukan setakat nak gi shopping mintak izin, nak kemana-mana pun mintak izin. Lepas tu cakap, 'sori la wei..bf aku tak bagi keluar...'. Rasa macam nak lempang2 bf dia tu dengan kerusi kayu.

Nani Othman said...

ayaq masak - lempang bf dia buat apa, lempang dia sekali lah sbb bengap sangat tak boleh buat keputusan. cheh.

ButirStar said...

pergh!! lawak la GF ni. suma benda nk kena ada BF. BF tu lah 'tuhan' dia...BF tulah mak dan ayah dia...

Dia ingat BF dia tu lah yang bersusah payah membesarkan dia kot. or mungkin GF ni cam binatang...xtau sapa bapaknya. hahahahahaha!!!

Rudy O. said...

Agree 100%! Menyampah!

Sorry menyibuk kejap. Haha.

Rudy.

Anonymous said...

satu lagi, bila kawan kelas nak minta no fone perlu minta izin bf dulu sebelum bagi. Macam la BF tu tokay no fone. BODOH!! Kah Kah Kah!!

Luke said...

Lagi satu lagi, bila jumpa bagi BF check nset takut ada sms lelaki lain. Mcm la sms tak boleh delete. Kah Kah Kah!!

-hazen said...

arrghhhh!

aku suke blog ini kerana post ini, chit.

lau ada gf macam tu, kene buat ape ek?

tambah satu lagi--> kalau bf tak suruh solat, buat-buat tak ingat. kalau bf suruh, laju-laju solat. bajet islamik.

The Tea Drinker said...

muach2 dalam lift kat pwtc and then dapat tau diorang ada cam dalam tu.

*I* still feel stupid even today.

LIZ; said...

paling tak suka,
panggil BF as pa
(=___=")

Sir Pök Déng said...

GF buat bitchy jangan tegur... mesti MEMAHAMI. Islam bukan agama paksaan bukan?

Meh nak cium sket meh. Nak tetek sekali.

MuNsYi SaMa said...

remaja skang sgt2 sengal..ish2

anak pak man said...

haha!

*kurang experience, xdapat nak komen pjg2..

Tranquility said...

Adekah, apekah, perlukah? Kah kah ketawa berdekah-dekah.

avid gunner said...

enough said. this girl is idiot. insanely naive.

Aisya Shurfa said...

"Pakai tudung masa dating sebab BF suruh, masa lain bogel kepala. Apa pasal engkau tak sembah je BF engkau tu sehari 5 kali?"

OK, I seriously burst out laughing kuat giler babas at that.


Good one, Nani!

I agree with you wholly. Belum kahwin tapi berlagak mcm dah kahwin.

'I sayang you, pa,' the girls say as they salam and cium tangan their bfs. Eee. Geli aku!

jr said...

quote lecturer masa tahun pertama

'cium tgn ibu bapa untuk ambil berkat. alasan tak nak cium tgn mak bapak geli sebab dah bekedut.tapi ramai yg cium tangan boyfriend. . tangan boyfriend bau tahi pun anggap perfume'

Luna said...

Tak pe lah. Diorang dah sure kawin dengan bf dorang tu.

Yang sia-sianya, pakai tudung, tapi melekat kat bf, bak kata Kak Nani macam monyet tak pernah jumpa pokok. *tunduk,geleng2kepala*

~SweeTHeaRT~ said...

hehe bagus la kate2 awk nih.. :)

Ayaq masak said...

Sebenarnya ada lagi satu. Bila dapat BF kawan lain semua kena tinggal. Bila kena dump dengan BF baru hegeh2 nak cari kawan balik. Ini mmg paling menyampah.

Nani Othman said...

long - mmg lawak pun. barangkali betul jugak tekaan kak long, die mungkin tatau sape bapaknye. tu pasal main cium je tgn sesape. haha.

rudy o. - mmg menyampah pun. XD come again.

anonymous & luke - henpon sape punye pun dah tak ketahuan ni. XD psiko!

Nani Othman said...

hazen - gf gitu dump sudah. XD oh ade eh yg bajet islamik gitu? kalau nk hipokrit mcm tu baik mase bf die suruh solat, die ngadap bf je buat kiblat! stupid.

the tea drinker - walls used to have ears. now they have eyes, too. XD

LIZ - ade lagi poyo, Hubby. ew.

Nani Othman said...

sir pok deng - ye. mana boleh tegur. nnt dia terluka hati. berdosa tau sengaja menyakitkan hati orang lain. XD

munsyi - memang pun.

anak pak man - haha. jgn komen dulu. nnt ade experience baru komen.

tranquility - *tumpang ketawa kamu*

avid gunner - insanely idiotic sounds better kot? XD

Nani Othman said...

aisya - haha. they call themselves mama. their bfs are all papas. geli ah. belum kawin dah gitu nnt dah kawin takde yg special la dah. merapu heh. sorry you laughed kuat gile babas - did anyone hear you? XD

jr - sape tu? gila jahil smpai bau tahi dah tak bleh beza dgn bau perfume! LOL. come again.

Q - lawak ah monyet pakai tudung! ROFLMAO.

Nani Othman said...

latifah - takde bagusnye. laser je ade.

ayaq masak - tu mmg ah annoying dilihat. nani tak pnah le kena mcm tu sbb my frens so far takde yg gitu. but that is mnyampah sgt lah, i agree.

Humayra' said...

LoL..
hm.. agak2 kawin ke dgn BF tu? and what happens bila dh kawin??

Nani Othman said...

humayra' - entah. what happens? rasa biasa je kot. haha. kan semua dah try sebelum kawin? XD

Nana Othman said...

pengalaman saya.

dia : nana, comel tak slipper ni?
saya : comel! beli la.
dia : kejap eh. *lalu mengambil gambar slipper terbabit*
saya : buat apa amik gambar?
dia : nak tunjuk kat __(nama bf)__.
saya : buat apa tunjuk kat dia? beli kat dia ka?
dia : tak lah, nak tgk dy suke ke tak. kalau dy x suka, buat apa beli.
nana : *hampir muntah*

kebodohan tahap hina.

Anonymous said...

well.......semua 2 jadik bla dh tgkap cintan n taksub psl cinta..hahahahha....mmg klakar giler bc nih...pgajrn pn dpt

Anonymous said...

Klo nk amek gmbar msti bju kaler sama.. bwu boleh kta psangan secocok.
Merepek...

Nani Othman said...

anonymous - lepas tu blame cinta pulak ckp cinta tu buta. padahal yg buta tu diorg. entah apa-apa.

anonymous nazirul - ha tu lagi satu poyo nk mampus. baju sama kalau saiz sama takpe. ni kaler je sama, yg gf tu mesti pinjam baju baby anak sape entah ketat semacam je. ceh.

Anonymous said...

sggup tdo lewat utk bergayut dgb BF..
bla BF nk ape2,sggup berlapar dgn harapan dpt beli ape yg BF nk.
ade yg berpelok kt area public lar..
conth mcm kt kFC ri 2.
mcm kfc 2 tok nenek die pny..
berpelok,sandar mcm husband & wife..
agama fail kowt..sbb 2 jd g 2..
hahahahaha
gF bg ape yg x ptot d beri kt bF..
hye..bf 2 bkn husband ok!
setia lar knon nye kalo bg..
idiot~!!
hahahaha
bf 2 puas,gf?
dunia2...

Aamir said...

ada gak sorang classmate aamir, pompuan yang memang sombong la sebab dia buat cam tak peduli kat orang. kira dia pikiaq dia dengan balak dia saja. balak dia pon sama gak, 8x10 gak dengan dia. teruk sungguh la orang camtu. ingat dunia ni depa yang punya saja. Tuhan letak mana taktau la. duniawii

Nani Othman said...

anonymous syahirah (mesti korang fancy mcm mana teacher nani tau depa ni sape kan?) - haha. tu la tujuan laki kapel, free sex. tujuan ppuan kapel? happiness through giving the bf free sex. lol. senang ah jadi laki skrg. tak kumpul duit pun bleh kawen. pastu takmau anak bleh suruh 'bini' buang. dunia dunia...


aamir - tu mmg teruk ah. nk kapel, kapel la, apa benda smpai ignore org lain? ok. 8x10 tak tahan. i laughed! hehe. well, let's just hope our close frens aren't like that. not nice-lah lupa kawan sbb bf/gf.

eyna said...

funny. :D
well, it's common in our life.
but still, all those are BULLSHIT.
hmm, real damn funny!

Jiyuu said...

Yang aku xtahan perempuan yang suka wat drama pasal kehidupan bercouple dorang. mcmla drama melayu dramatik kat tv xcukup lagi.

1. Sblm couple: Drama 'dia suka aku ker x?'.

2. Ngah couple: Drama sket2 nk gaduh, nk clash, pujuk balik.

3. Dah clash: Drama what a jerk he was, pity me i'm so victimized, its so sad, now i'm single and all alone.

And then they move on to the next guy and start over from 1. Yang terseksa ialah housemate yang terpaksa mendengar/mengharungi drama2 yang tidak berpenghabisan itu. Freakin attention whore.

Nani Othman said...

eyna - yeah i think those bullshitty things they do are bullshit-like. hehe.


jiyuu - drama melayu kat tv pun dah tak larat tgk ah. sama je sequence die dgn drama rumet kamu. mula2 menggedik sengih sorg2 perasan mamat tu suka ke tak. thrill la konon saspen-saspen gitu kan? pastu masa berkapel putus sambung putus sambung mcm budak darjah 2 bercinta. dah putus histeria meraban apa salah aku laki tu mmg puaka - ngeh, mcm mana semua ppuan mcm ni sepesen je sentiasa ah? sama siot susunan peristiwa. XDDD haha. serius. mmg meluat ah bila terpaksa dgr telenovela berjela-jela mcm ni.

you spoke from experience ke, jiyuu?

Jiyuu said...

Unfortunately, yes. Latest drama, pasang lelaki byk2 pastu sedih/kecewa bila lelaki tu marah/merajuk sebab dipermainkan. Ala2 drama Na-o-mei gitu. Gotta keep up with the times, right?

Even being a silent nonparticipating spectator is painful.

Nani Othman said...

jiyuu - i don't even watch na-o-mei, man. the title pissed me off so bad i don't even wanna try watching it. are the drama producers really deprived of melayu-islam names that they have to resort to something so nauseatingly foreign?

i was once a spectator of such muntah-worthy drama, too. i know how painful it is. one of my housemates when i was nineteen - actually cooked for her dates to 'melatih diri untuk taat kepada suami nanti'. they broke up a while later.

Anonymous said...

ada lagi ada lagi ada lagi. lorh...beli nasik kat cafe bawah pon nak msg BF. klau BF dia kerja kat cafe tuh xpe gak,suruh simpankan nasik ke, kot2 habis students lain beli. kan kan..berkepit 24 jam dgn BF ke hulu ke hilir sblom balik kelas, lepas balik kelas. apsal tak ikot BF balik bilik je,dorm ke? adoih! Boleh tak nak jerit kat telinga diaorang, "Jangan jadi bodoh la!"

Nani Othman said...

anonymous - ahaha. =) true. boleh2. next time you really should scream it, 'jangan jd bodohlah!'. and you have to ask them (the GF) to not return to their dorms, instead - pegi balik ikut your BF to his.

athirah mohamed~ said...

likes!

:)

Nani Othman said...

likes balik!! hehe.

infa_lutaziah said...

...mmg tindakan bodoh pon yg kadang2 dibuat tanpa disedari tahap kebodohan kita 2..

Nani Othman said...

amazingly, takdak pulak nampak budak2 bangsa lain buat kelaku semacam ini. XD

farahh said...

sumpah amazing gilaaaaa drama2 semua ni xD


eh hye teacher nani! bru jumpe ur blog ;) cikgu kt skolah mana ni?? kangar? haha. that kayangan square salu nampak org2 mcm ni. dan yg paling best, pakai baju seragam sekolah. haha :D

Nani Othman said...

farrah - pakai baju sekolah, tudung singkat nmpak tengkuk, kain labuh sapu tar, yg laki pulak baju terkeluar sana-sini, sblah tgn pegang rokok sebelah lg tarik tgn awek (yekk, geli perkataan ni), jalan-jalan smbil tgk org ramai berduyun2 ke masjid utk solat jumaat. disgusting.

FZ said...

Haha. There was one guy who eventually wanted to be friend with me.. but I was turned off the moment he started sending a message text, read: "tido ketat-ketat k". What de... ko hengat aku budak sekolah yang masih hingusan?????

since that, I knew he couldn't go far. So that's the end of story. LOL ^^

Nani Othman said...

fz - wadef*&^% man, tido ketat kejadah watever you know, pft! psiko siot jantan2 skrg. tah pape!

Anonymous said...

hey there, i just found your blog. truthfully, it kind of inspires me :)

oh, sbnrnye terasa jgk sbb ade satu dua benda yg pernah dilakukan. T_T

alhamdulillah, dah tak buat dan insyaallah takkan buat lagi. hoorey! :D

Nani Othman said...

anonymous - alhamdulillah. keep it up!

Anonymous said...

pasal tu la Islam melarang perhubungan sebelum perkahwinan. telefon antara laki dan pmpuan pn haram jika perkara itu mendorong kpd zina.. aku x phm ape kene dgn anak2 muda kt malaysia ni..korg igt berbf-gf ni boleh ke dlm Islam.. kirenye ape yg nani post sbg "bnde bodoh" kt atas 2, klw bf-gf x buat,hubungan dorg dibolehkan ke? x sah klw x gf x penah ade bf, n klw bf x pnh ade gf, sungguh kurg la klw ade pn.

Nani Othman said...

anon,
thanks for dropping by. and i agree yang sebab tu lah islam larang benda2 meraban seperti berhubungan pelik-pelik sebelum kawen. it's just that i don't understand ayat awak yang banyak sangat singkatan tu. DX hehe.

ezzat hachiko said...

huhu. Baru jumpa ur blog teacher. Yes. so true la benda alah ne. Kadang-kadang naik menyampah dah dengan orang macam ne. If guna duit bf beli tak apa. ne parents punya duit jugak. budak lani memang tak paham sal dunia. Taw dunia depa ja.

Nani Othman said...

ezzat,
tau pun. dahlah guna duit mak bapak. tah mase bila mak bapak die bg izin 'nah duit ni habiskan buat belanja ppuan yg bukan bini kau tu ye?' pft.

Sca Ndx said...

kalau kahwin ok lah
kalau tak?

sebenarnya ada gak opposite ways.

mmbe aku kongkong awek dia.
dia kena konkong balik.

sampai nak keluar malam pun kena bagi tahu awek.

tak faham.

Nani Othman said...

sca ndx,
thanks for the visit. hello. anyway, benda2 ni semua kalau dah kawen baru buat, no one gives a shit. ini kawen pun belum dah gelabah macam apatah. kongkong awek ke, kongkong balak ke, ape hak mereka? awek tu anak die ke nak sekat2? balak tu pun anak si awek tu ke, semua benda nak ambik tahu? personally, saya pun tak faham jugak. haha. XD

Aimi Fatimah said...

Bf I bodoh gile sb tuu I sgah blog u.. Pngai cm haram jadah je

Nani Othman said...

aimi fatimah,
hello there! :) Do come by again!

Post a Comment

Only a Sith deals in absolutes. Your thoughts?