July 25, 2013

Tiada yang everlasting.

Sebenarnya kan, tak perlu nak paksa-paksa orang ikut telunjuk kita. Kadang-kadang, apa yang kita rasa baik untuk kita, tak semestinya baik pun. Dan pada banyak masa yang lain, apa yang kita rasa buruk untuk kita sebenarnya dah dicorakkan Tuhan. Mahu kita jadi hamba derhaka? Heh.

Kadang-kadang juga kan, kita rasa macam kita dah baik sangat. Pada kebanyakan masanya, kita mungkin perasan saja. Ada waktunya kita rasa kita hebat, maka semua orang mesti dengar cakap kita. Tapi bila fikir semula, tiada yang indah datang dari paksa-paksa.

Dan lebih teruk lagi, kadang-kadang kita rasa kita mampu miliki semua. Tapi kita lupa, untuk dapat segalanya, bergalang ganti nyawa pun belum senilaian. Puaka bukan?

Kau pernah rasa kau menang besar sampai nak ketawa berdekah-dekah? Macam menang trofi Festival Teater Malaysia? Jaga-jaga. Dalam hayat engkau dan aku serta semua, tiada yang everlasting.

Mungkin semasa engkau menggila sawan histeria menang pelakon pembantu lap air mata, aku juga sedang ketawa diangkat menjadi pengarah ternama. Atau mungkin juga menang engkau yang besar itu actually sebab aku main-main conteng scoresheet saja. Kau jangan lupa, aku naik pentas dulu sebelum engkau tengok dunia.

Jaga-jaga. Aku manusia yang berpegang pada janji. Kau memang belum kenal aku lagi. Dan aku pun tak berminat mahu sekolahkan engkau tentang siapa aku dengan cara yang engkau pasti tidak suka. Jadi engkau keep your distance dan aku tak perlu pecahkan muka siapa-siapa.

Fair enough aku rasa.

And for someone like you, aku dah generous sangat sebenarnya.

4 scribbleback (s):

lilyto lilo said...

Je je je je.. Kan? hahaha

Nani Othman said...

Lily,
Je je je sangat. XD

Feilong said...

*tarik nafas dalam-dalam* (tetiba je)

kaklong baca start dari mamat Lutfi tu bercakap perkara bodoh iaitu nak normal gepren. setahu kaklong la kan, normal Muslim gepren tu memang tak wujud. yang ada bini je. siap pegang2 bagai...sheesh!

pastu cakap nak pompuan yang boleh keluar suka suki hati je, boleh borak2 kosong yang mendatangkan dosa. ada jugak lelaki cam tu ek?

tapi, frankly speaking, dia memang tak sesuai langsung dengan Nani. dan Nani dah buat keputusan yang membanggakan kaklong iaitu tinggal je mamat tu terkebil-kebil tanpa menoleh ke belakang. kalau Nani toleh belakang masa tu, mesti muka dia macam kucing kaklong yang bernama Huduh...hahaha!! (ya Allah, aku ni dah kira mengumpat ni...astaghfirullah!)

anyway, apa2 pun, Nani tak perlu risau sebab ada lelaki yang Allah dah tentukan untuk Nani dan dia memang yang terbaek untuk Nani. kaklong doakan semoga Nani dapat bertemu dengan jodoh yang baik.

majulah sukan untuk negara, selamat berpuasa :)

Nani Othman said...

Kak long,
Lawak lol komen long. Kesian kucing long disamakan dgn die. Nnt kucing long jadi penipu pulak kan. Haha.

Sesuai ke tak tu..nani pun tak reti nak nilai. Yang nani tau selama ni nani takde tipu die ape2 lah. Dan long pun tau nani seorg yang frank sinatra, hahah. Tapi nak buat mcm mane long, kadang2 kite rase menjadi jujur dan ikhlas tu dah cukup baik..tapi bg org lain, menjadi easily available tu lebih penting. Whateverlah long, benda dah bye bye. Baik nani tgk once upon a time - byk faedahnye. Di samping mentererkan english, dpt jugak menengok pasangan2 bercinta yg setia beratus2 tahun. Adelah hope utk sendiri pnye love story, haha.

Long tak tgk once upon a time?

Post a Comment

Only a Sith deals in absolutes. Your thoughts?