December 9, 2011

Aku ada alahan kat lagu Nicki Minaj. Kau nak buat apa?

'Aku tak layan lagu Korea ngan Jepun ni, bukan aku paham pon. Kau dengar JPOP dengan KPOP ni, kau paham ke ape diorang nyanyi? Aku layan English je.'

Ya lah tu kan. English la sangat. Kalau tak tengok lirik, tak cari translation, kau pun tak faham Lady Gaga tengah maki bapak mertua siapa. Meluat aku dengan makhluk macam ni. Dah engkau tak minat, tak nak layan, kau pergi buang masa buat rugi kapasiti otak kau duk risau pasal level kefahaman aku kat dua-dua bahasa asing ni buat apa? Macam aneh gila kot. OK so memang Hangeul bukan third language aku, tapi siapa yang decide bahawa aku cuma boleh dengar lagu dalam bahasa yang aku faham saja? Aku dengar sebab aku suka the music and the sound of the language. Why does it matter to YOU whether or not I understand what they're singing? Why does it bother you that I'm listening to a language I can't comprehend? Why does it hurt you that I can enjoy things I can't understand?

Kau faham Bahasa Melayu kan? Tapi kau sumpah-seranah siap downgrade menghina lagu-lagu Melayu dengan artisnya sekali kan? Aku tak defend siapa-siapa, aku cuma hairan apa masalahnya dengan some people yang tak boleh accept bahawa ada sekumpulan manusia kat Malaysia ni yang suka dengar benda-benda yang mereka tak faham. Aku tak faham Hangeul, tapi aku dengar KPOP, why is that a problem? Aku tak faham Nihongo, tapi aku suka JPOP, why is that a problem? Aku sangat faham English, tapi aku allergic gila kat lagu-lagu Nicki Minaj, jadi kau nak bakar rumah aku kah pulak?

* * *

'Aku tak berkenan lah artis-artis JPOP dan KPOP ni semua. Pakai singkat nak mampos cam pelacur je. Yang laki nye pulak sibuk jual muka jambu, cam bapok je.'

Yang ini lagi aku hairan. Tak ada siapa suruh kau berkenan pun. Mereka pun tak berkenan kat kau. Sebab kau tak hensem langsung, haha. Yang pakai labuh tak macam pelacur tu Muslimah beriman, bro. Kau tengok SNSD yang kau sendiri tahu tak Islam, pastu kau expect mereka dressing sopan buat apa? Reasoning skill kau mana? Dan jual muka jambu lebih baik dari tak ada apa yang nak dijual. Jambu-jambu pun ada orang sayang, ada orang peduli, siap beli album lagi buat kayakan mereka. Kau? Belum tentu ada muka yang worth it untuk ditengok pun kalau bahasa kau guna macam tu punya gaya. Heh. Oh ya, kalau bab menjual muka mereka jambu tu jadi masalah, kau nak blame siapa sebenarnya? Nak salahkan mereka yang menayang muka atau Tuhan yang menciptakan muka mereka semacam itu? Hoho. Kadang-kadang mulut kau jadi cepat tak tentu pasal bila kau cemburu. Aku faham itu.

* * *

'Aduh, KPOP lagi. Naik benci dah aku. Amende yang best sangat dengan KPOP ni?'

Dah kau taktau apa yang best, macam mana kau boleh benci? Haha. Memanglah nak benci nak suka tu pilihan kau, tapi biarlah ada reason yang kau sendiri boleh faham. Ini orang nak anti, kau pun nak anti, tapi tak ketahuan pun puncanya. Kotlah mereka pernah mengorat kau lepas tu tak jadi kawen, belasah adik kau sebab  tak mandi, guna iPad mak kau lepas tu tak pulangkan, aku fahamlah kau nak benci. Sekarang ni mereka dressing tak Islamik sebab mereka tak Islam dan menayang muka sebab orang-orang macam aku suka tengok (buat motivasi nak flawless-kan muka sendiri), jadi kenapa orang macam kau boleh jadi benci tak ada pasal? Haha. Tu lah, nak hating nak liking apa-apa pun dalam dunia ni, jangan ikut orang. Sudahnya kau keluarkan statement bijak pandai macam tu lah tiba-tiba. Menyampah for no reason. Malang betul jadi kau kan?

Kau tahu? Hating itu sebenarnya a confused form of liking. You tell everyone you hate them, but you keep yourself updated with their news just to keep telling people how much you hate them. LOL, the opposite of like or love is not hate, pal. It's neglect. So if you don't like them, don't bother about them. Bukannya ambil tahu dari hujung dunia sana sampai hujung dunia sini artis mana tidur dengan siapa. Itu dah obsessed dah tu. Lagi obsessed dari peminat mereka pulak kau kan? Hehe.




*senyum-senyum* Ini bukan post sakit punggung (butthurt). Ini post panas hati. By the way, this is SHINee. They have jambu faces. And they make big money; with or without them - because they have talents. Very unlike some very unlucky people. LOL. Later, everyone.


49 scribbleback (s):

Lisa Farhana said...

THIS +1000.
Really, sometimes these "haters" are too much.

Luke Skywalker said...

trouble maker betul la mereka tu ^_^

Ayaq said...

Saya pun tak layan KPOP ngan JPOP sangat. And yes, I can't deal with male group bermuka jambu. Tapiiiiiiii pasal dressing tu, macam la artis K/JPOP je yang pakai singkat2. Yang mat saleh tu apa cerita pulak?

p/s: I like SoShi. Hihi.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

I'm having fun read this sis.
I do love KPop, JPop (but maybe not a die hard fan). Just like as normal like. :)

Dan tak faham oh orang nak benci sana sini. Let say, orang benci artis Malaysia, mesti lagi butthurt kan those peeps?

Heh. XD

myra abdullah said...

huhu..betul tuh!!

Lina Khairunisa said...

yeah betul tu! klu tak keberatan, boleh lina share post ni dgn kawan lina? i mean share dkt fb or twitter ke?

Diya said...

"Kau tengok SNSD yang kau sendiri tahu tak Islam, pastu kau expect mereka dressing sopan buat apa? Reasoning skill kau mana?"

hehe latest entry diya pun tulis pasal kpop issue ni. dah lali, kak. kadang ada yang bising2 pasal kpop end up die pun suka jugak.

maxlone said...

kaklong tak layan sgt lagu2 KPOP tapi dengar jugak la lagu yang best music backgroundnya. kaklong suka dengan Jepun tapi tak semua lagu Jepun kaklong layan.

orang macam ni lebih sakit dari org autisme la. benci tak tentu pasal. komen orang bukan Islam pakai singkat. baik dia komen artis melayu Islam yang pakai entah apa2 tu. happada!!!

dah lama tak tengok video klip Shinee. haha XD

Lina Khairunisa said...

thanks! :)

Lina Khairunisa said...

boleh boleh, taip lina khairunisa. lps tu dp lina gmbr harimau malaya haha :)

s h e said...

This entry is super awesome! +1000000000000000000

Syamimi Zaini said...

100% agreed. Anti-KPOP yang suka kutuk lebih-lebih ni tak tengok, industri hiburan kita sendiri pun kadang-kadang dah semacam 'kebaratan' pulak.

btw, I really like this post. ^^

Nadhirah Kamarudin said...

Thanks for writing these awesome piece.

Kadang kadang geram tengok diorang bash J/Kpop...

Oh and I used to hate really really hate Kpop and look now I'm a die hard fan of it.. =)

Nani Othman said...

lisa farhana,
hehe. yeah. sometimes they can be too much.

luke,
sangat. haha.

ayaq,
i like soshi too. XD haha. komen2 haters ni biasanya biased. i know because i'm hater too..haha. twilight.

zara,
tau pun. haha. tak pernah dgr lagi la koreans maki artis kita ke ape.. *geleng2* dont get it.

Nani Othman said...

myra,
haha. XD

lina,
share lah. i dont mind. =)

long,
haha. tah pape nk benci..mcmlah diorg tu semua org suka. shinee dah ade lagu jepun skrg. XD bahagia betul beta..hehe.

lina,
welcome.

she,
haha. more like..selfish and angry? XD

Nani Othman said...

syamimi,
a-ah. dh sampai ambil gambar baju pun takde dah artis kite. sedih betul. thanks. nnt dtg la lagi. XD

nadhirah,
i didn't feel geram. more like heran. =) sebab these haters would go to the extreme for something they should just ignore. haha.

Hazirah :) said...

If you're talking to me right now, I'm afraid that I might give you my standing ovation.
Haha.
(Y)
In your face, sicko!

Nani Othman said...

hazirah,
ok. you just made me laugh sorang2 dpn my screen! XD

Gimi said...

woh...terbaik!
ni jwpn klu ad orang tya ak camni..

Farahanani Amhazali said...

aku natural je.

sis aku selalu tgk show komedi korea yg buat2 gaya comel pastu gelak sorang2.. dia sbnr nya serius orang nya.

jadi kalau itu cara dia luahkan stress dia,

aku cool aje.

megi said...

nani can I use your writing here as my teaching materials? plssssss plsssssss plssssssssss, i'm trying to promote effective wordplay to the kids

Jiyuu said...

Yeah, I'm not into Kpop either, but I don't have to go out of my way to diss them, do I? Live and let live la kan?

Long live Jrock, baby!

Shrimp & Squid said...

Kau meradang sebab orang kutuk apa yang ko minat.

Orang lain pun meradang bila ko kutuk apa yang diorang minat, macam, kalau ko kutuk peminat Twilight terang-terang dalam blog ko.

I don't like Twilight either. Tapi aku malas lah nak buat isu tak suka Twilight ni macam isu besar, macam isu ekonomi Europe sekarang. Ada banyak benda lagi yang boleh di-radang-kan.

So bila orang kutuk minat ko (di mana ko telah kutuk minat orang lain), why need to get angry?

Anonymous said...

Another najis post by najis person

Encik Kathaab said...

'Aku tak berkenan lah artis-artis JPOP dan KPOP ni semua. Pakai singkat nak mampos cam pelacur je. Yang laki nye pulak sibuk jual muka jambu, cam bapok je.'

Yup. Aku betul-betul bersetuju dengan ko Nina. Kalau diamatikan secara teliti, memang boleh digelar bapok diorang tu. Pakai baju terdedah sana-sini, kalau perempuan nya seksi menggatal kaw-kaw memang boleh kasi kitaorg terangkat.

Mat rempit punya dressing lagi bagus dari diorang. Helmet apollo kasi jaga aurat beb!

Sinatra_Z said...

Frank Sinatra, lelaki berdarah Itali yang bersuara lelaki, dengan topi fedora dan baju "suit" lengkap.

Louis Armstrong, suara garau diikuti degupan bunyi trumpet dan semangat jazz yang membara di bawah senyuman gigi putihnya.

Ella Fitzgerald, penyanyi wanita yang disayangi bukan kerana rupa tapi kerana suara lunak merdu membuatkan orang terjaga mengimbau kenangan lalu tatakala malam menjelma.

Tiada menari, tiada video klip berkelip-kelip, tak ke kita semua rindu zaman penyanyi diukur bukan dari apa yang kita lihat tapi dari apa yang kita dengar?

nurfarah wahidah said...

pe ni...korea kegemaran beta pun nak kutuk?? ni yg takle terima nih... bagus sis tulis entry ni, sukati la nk minat sapa pun, rasanya tade kacau hidup org pun. sibuk je dorg kan..huuuu

Nani Othman said...

gimi,
haha. thanks. you do what you must. =)

farahanani,
same here. my sister watches running man and laughs her head off all the time. i'm cool. XD

megi,
the english ones? sure. not the malay ones, please. haha.

jiyuu,
agreed. long live jrock right back at you, baby! haha.

Eisya Aizul said...

dah tak berkenan, dok tengok buat apa lagi? dok sakitkan mata dan hati tgk artis yang tak disukai? mcm ada penyakit hati ja ni.

lepas tu, wajib la ada anon seketul yang buat perangai lempar batu sembunyi tangan. nama pun tak ada, ada hati panggil orang najis. satu lagi penghidap penyakit hati.

Nani Othman said...

shrimpsquid,
kau tulis apa aku tak faham, tapi one thing for sure kau yang meradang. eh psiko, aku tak sebut pun kat mana-mana yang aku marah orang kutuk apa yang aku minat. tu kebebasan masing-masing nak suka atau nak benci atau nak kutuk maki, puja puji. the whole point of the post is to state that aku believe in hating for the right reasons. sama ada kau faham tapi kau buat-buat bodoh, atau kau memang bodoh, aku tak mau tau. lain kali kau nak datang buat statement kat sini, tolong fikir banyak kali. aku benci orang yang tulis komen macam puaka terlepas dari neraka dengan bahasa macam jahanam sambil missing the whole point. dahlah semua ayat kau disjointed sana-sini, siap ungkit aku kutuk twitards terang-terangan segala mak nenek for what reason aku tak pasti. tapi aku rasa kau sangat terganggu dengan post ni sampai kau meraban pasal benda lain yang tak relevant dengan apa yang aku tulis. kau malas nak kecoh pasal twilight is not my problem, jadi aku taktau apa pasal kau bagitau aku semua tu sambil hinting pasal ekonomi europe - no one cares. i don't. you have chosen the wrong place to crap.

anonymous,
aku suruh kau pergi mati, bukan tulis komen bodoh pasal diri kau sendiri.

kathaab,
you're an idiot.

Nani Othman said...

sinatra z,
zaman berubah, i think. i used to not care what people look like as long as they sing good. now i do..probably because it's nice to watch pretty people doing things they like. but i still listen to songs sang by people whose faces i've never seen. as long as they sound good, i'll include them in my playlist. =)

nurfarah wahida,
some people tak suka tengok orang lain bahagia.

Nani Othman said...

eisya aizul,
penyakit ni nama dia denial. haha. hating is a confused way of liking. mulut kata benci, tapi tangan angkut mouse pergi mencari..hehe. mentally disturbed? pasti. oh, anon tu cakap pasal diri sendiri. because only a najis can write such najis comment. =)

Encik Khataab said...

Boy you got my heartbeat runnin' away
Beating like a drum and it's coming your way
Can't you hear that boom, badoom, boom, boom, badoom, boom, bass
Yeah that's that super bass

oh ya. your article tl;dr.

and... do not feed the trolls.

Sir Pök Déng said...

The hell happened to that Shrimpsquid guy huh? Psiko betol.

Nani Othman said...

khataab,
tldr, why the comment?

sir pok deng,
i do not know. and i do not care. dia gila.

Sir Pök Déng said...

Dia tak gila. Dia pun tak bodoh. Dia gunakan akal dia tu untuk appear bodoh so that his words menaikkan kemarahan orang. Trolling-lah, for sure.

How do I know? Because Shrimpsquid is me.

*menari shuffle*

Nani Othman said...

sir pok deng,
oh, ok.

Encik Khataab said...

Ok nina, aku ngaku yang aku ni minat gak ngan korea punye scene, tapi aku minat gak ngan niki minaj tu yang kasi panas tu. xpe, currently aku tgh layan budak2 ni http://goo.gl/9jRSb aku tak tau camne nak pronounce nama kumpulan ni.. harap minta tunjuk ajar yea :)

Nani Othman said...

khataab,
i don't even know who they are. i'm not even a kpop mad fan. i only listen to some groups and two bands. i don't know about the rest.

nani said...

statement 1:

*ehem* excuse me, kau lahir2 kau terus faham english ke? no? that's right. samalah bila aku dgr lagu kpop. xsemestinya aku dengar aku xdpt nak tangkap korean words. dgn bangganya aku boleh read hangul (wlupun faham hanya simple sentences) btw, translation lagu kpop BERSEPAH dkt internet. bodoh lah kau ni.

statement 2:

*ehem* kau xpernah beli majalah mangga ye? ataupun HAI? ataupun URTV? hm? xpernah? okay, kau xpernah tgk majlis anugerah dkt malaysia ni? apa yg artis2 ISLAM kita pakai eh? some of them aku tgk tetek nk melimpah dari dress kau xnk cakap pelacur plak?

*ehem* jambu je maksudnya bapok la? dah tu asyraf sinclair tu kau nk campak lautan mana? lautan antartika? lautan pasifik? again, bodoh lah kau ni.

statement 3:

fakoff lah wey. kalau xminat dahla. org lain suka so apa masalahnya? KPOP xkacau hidup kau pun sebenarnya. kau jek yg sibuk2 nk saikokan diri sendiri buat2 benci padahal sebenarnya kau macam kurius nk tau tapi kau terlalu hipster jadi kau follow jek orang. orang benci kau pun nk benci. belah la hipster. kau xda otak dan pemikiran sendiri. sbb tu kau can't get off your ass and see for yourself why ppl like kpop so much. buat research sendiri lah baru tahu best ke tak. bodoh.

nani said...

and to the trolls,

mr.shrimpsquid, xda dimana2 dlm post ni aku tgk teacher nani marah. the general tone of this entry is more of a; wtf r u srs? rather than WTF R U SRS?!?!?111one1??

also, teacher nani has stated countless times WHY she doesn't like twilight. at least teacher nani ada baca buku tu and ada reason yg munasabah selain "twilight is so gay" lol? on the other hand, the ppl teacher nani is talking abt here, are the ppl that probably haven't even heard of other kpop artists other than the ones malaysia is promoting which unfortunately are those typical lousy kpop songs. keje nak stereotype xhabis2. sudahlah wey. kpop is so much more than just super junior or snsd. xtao xyah cakap. that's the point of the whole post.

aku xtao apa masalah kau shrimpsquid. have you heard of reading comprehension? ......yeah.

mr.sinatra, there's nothing wrong with wanting something pretty to look at while enjoying what we're listening to. there's a reason why sinatra and armstrong wore suits to their performances. the same reason why ella put on beautiful glittery dresses when she sings. the same reason why we now make flashy MVs.

kalau nk ikut logik mr.sinatra, kenapa violinist orchestra pakai formal gown when performing? perlu ke nk cantikkan diri? xperlu sbb alunan violin sendiri dah cukup bukan? perlu ke konduktor orkestra pakai formal suit? pakai t-shirt and jeans should be enough. i mean, it's the orchestra after all. no?

also, "Ella Fitzgerald, penyanyi wanita yang disayangi bukan kerana rupa tapi kerana suara lunak merdu" so pretty people can't be super talented too? coolstory bro. search up davichi. i dare you. search up gummy. i dare you. besides, kpop pun ada ella fitzgerald mereka jugak. kumpulan vokalis korea Big Mama was so awesome during the early 2000s. mungkin xsetaraf ella, but they are still a very powerful group.

i really hate how ignorant people like to stereotype korean music as shallow and pure visuals sedangkan artis2 US pun apa kurangnya? even beyonce yg boleh dikatakan hebat tu pun bersandar pada MV yg kelip2 jugak. so i don't get it.

nani said...

nani i want to share this with you. this was a convo i had with a person on FB. she's actually the sister of our good friend that we think of as our own big brother. sbb tu my friend post kat blog dia instead of FB sbb kitorg xnk gaduh dgn abg dia just cuz adik dia sgt idiotic.

http://ovaltinecookies.blogspot.com/2010/07/i-hate-girls-that-obsess-over-korean.html

Nani Othman said...

diya,
haha. dah baca. malayhood. good one!

lina,
your comment masuk spambox. haha. nnt teacher add. =)

Nana Othman said...

Orang-orang yang mengumumkan secara terang-terangan mereka benci dan menyampah lagi meluat akan KPOP ni, apa masalah mereka ya?

Muka mereka jambu, ada kacau bilangan bulu hidung kamu? Kamu tak puas hati dengan ciptaan Allah kah dah muka mereka memang begitu? Mana ada orang yang time dalam perut mak dia lagi dok mintak "bagi la aku muka cempedak. aku tak mau muka jambu". serius, apa yang kamu tak puas hati ni?

Pakai singkat nak mampus macam pelacur? Dah nama pun penghibur, takkan nak pakai purdah kot. Ada penyanyi yang pakai tudung? Dah SNSD nak pakai seluar pendek, kamu ada masalah apa? Ada mereka tambah bilangan kudis di kaki kamu dengan seluar pendek mereka itu?

KPOP tak best? Ada siapa paksa kamu suka KPOP kah? Tak paham.

Nas Eyre (Mr.) said...

Bukan setakat satu hal macam artis ja, Kak Nani. Macam2. Depa tak minat dengan apa yang kita minat bukan maksudnya kita pun kena ada opinion yang sama macam depa. Adoila...

Nani Othman said...

adikku,
haha. tak paham jugak. tapi kita bleh buat spekulasi. ngehehe. depa ni tak bahagia dengan hidup sendiri kot..jadi bila tengok orang lain happy depa jadi serabut. maka terlahirlah kebencian terhadap kpop semata-mata utk menyakitkan hati peminat kpop. dah nak maki koreans tu semua tak paham BM, maka makian dan benci semua disalurkan kepada peminat. hehe. punca dia jeles ja ni. XD

ache,
no two people are the same. so opinion pun tak mungkinlah sama kan? tapi some people tak tau wujudnya ketidaksamaan ni, which results in the births of the people i described in the post. =)

Nani Othman said...

nani,
i've read the post. and i was shocked. taktau nak kata that person tu pura-pura tak faham or memang mentaliti dia macam tu. because if such level of incomprehensibility really does exist then maybe the world is coming to and end sooner than i thought.

and i too hate how these people who know nothing of kpop keep talking as if they know more than us. and i hate it when they force their baseless opinions onto me when clearly they don't know what they're saying. sangat lah annoying!

and thanks for the long comments! it's always a pleasure to read stuff from you. hehe. XD

Myz Belle said...

Yup. I don't understand Nicki Minaj =.=" and I love KPOP too :)

Nani Othman said...

myz belle,
and i love your comment. =) hehe. come again!

Post a Comment

Only a Sith deals in absolutes. Your thoughts?