April 2, 2010

‘Adalah tidak adil bagi para perokok dimaki

bodoh, tak sekolah, gila, tak bertimbangrasa, tak punya common sense sebab beli rokok guna duit scholar, bangang dan disuruh mampus,’ kata saya baru-baru ini. Post Teacher Nani kali ini bakal mengulas prejudis bogel Adik Yu dalam entry beliau yang ini. Jemput klik untuk maklumat lanjut.

Setahu Teacher Nani, masa Adam a. s. dicampak keluar dari syurga ke muka bumi ini, Iblis pun turut tercampak sekali. Menurut cerita seorang ustaz yang sangat boleh dipercayai, Iblis ada bertanya kepada Allah SWT berkenaan kehidupannya nanti; mahu makan apa di dunia yang tidak ada apa-apa ini? Kata ustaz, Allah SWT beritahu Iblis yang suku-sakatnya boleh kongsi makan dan kongsi aktiviti apa pun dengan cucu-cicit Adam a. s. bila saja mereka berbuat sesuatu yang tidak dimulakan dengan Bismillah. Jadi, sudah terang tak perlu bersuluh lagi, yang para perokok ini semua berkongsi sedutan kepul asap puaka itu dengan kerabat Iblis, bukan?

Ada siapa pernah jumpa manusia mana yang baca Bismillah sebelum merokok?

Yeah. My point exactly.

Sharing is caring, para pembaca sekalian. Apa wajar kita memanggil perokok ini semua tak bertimbangrasa – sedangkan mereka berhabisan wang scholar dan gaji membeli bahan api pembakar jiwa sendiri dan masyarakat, untuk dikongsi dengan makhluk-makhluk terkutuk yang kita sendiri tak ingin nak pandang malah merupakan bangsa terlaknat?

Betapa considerate mereka ini, tak terukur oleh pembaris apa pun. Siapa kita, mahu judge mereka gila dan sebagainya? Sanggupkah kita mengeluarkan wang untuk dihanguskan begitu saja? Mahu beli makanan sendiri pun kadang-kadang berkira. Prihatinnya para perokok, memang deserving respect of the highest degree – sanggup tak baca Bismillah sebelum berasap demi mengenyangkan Iblis. We really should stop being judgmental.

Kita nak menderma kepada persatuan anak-anak yatim pun kadang-kadang tak sempat, apa lagi nak duduk semeja berkongsi nasi sepinggan dengan mereka, jauh lagilah nak berkorban harta dan nyawa mahu menyelamatkan saudara-saudara kita di Palestin sana. Ambil teladan perokok, para pembaca yang dihormati, duduk di mana pun boleh bakar duit scholar dan gaji untuk bunuh diri dan orang ramai sambil membahagiakan Iblis – apa kamu ingat kecil pengorbanan mereka itu? Bukan mudah mahu menggembirakan Iblis, tahu?

Kita kenal ramai perokok yang punyai degree dan masters, bukan? Mereka tidak bangang, my friends. Tak mungkin bangang kalau mereka boleh berhujah sakan dengan references yang berkoyan-koyan untuk beroleh gulung-gulung recognition itu. Mereka belajar dan terbilang mempraktikkan Freedom of Choice. Itu adalah satu cabang ilmu yang bukan semua kita mampu acquire, sila terima hakikat ini. Penguasaan ilmu tersebut menuntut keingkaran terhadap larangan membunuh (diri dan orang lain) daripada Allah SWT secara ekstrem. Kamu ingat mudah mahu melawan Tuhan begitu? Jadi, have some respect for these smokers, would you?

‘Islam bukan agama paksaan. Kalau I tak ready nak stop lagi, tak apa,’ kata seorang kenalan Teacher Nani yang juga seorang perokok tegar tahap tinggi. Statement itu saja sudah menunjukkan betapa terkedepannya pemikiran para pembunuh elite ini (Tidak elite-kah teknik pembunuhan menggunakan cucuhan wang ringgit lalu disedut ke paru-paru sendiri sebelum dihembus ke udara untuk menjahanamkan nyawa orang-orang lain?).

Barangkali dalam journey memburu ilmu Freedom of Choice mereka lupa dalam Islam ada istilah wajib. Dalam kelupaan kepada istilah wajib, mereka lupa juga kepada istilah haram. Sedangkan dua istilah itu sudah cukup sebagai bukti yang ‘Islam bukan agama paksaan’ itu adalah statement paling bullshit sepanjang zaman. Kalau solat itu perkara pertama yang akan ditanya selepas jasad terkambus tanah – bukan paksaan lagikah untuk melaksanakannya? Teacher Nani macam teringin menulis antonim perkataan ‘pandai’ selepas soalan tadi. Tapi mengikut rasional Teacher Nani, tak perlulah tulis perkara yang semua orang dah tahu. Nanti jadi an insult to my readers’ intelligence pula, haha.

Justeru (tiba-tiba pulak, apa hal?), tidak adil kita menilai yang buruk saja terhadap para perokok ini semua. Pemikiran jumud kita manakan mampu setanding wahyu-wahyu out of this world amalan mereka; Iblis pun kita tak pernah tengok, apa lagi nak diajak berkongsi asap dan lain-lain? Kita harus sedar diri. Ada perkara yang kita memang tak mampu buat dalam dunia ini.

Yeap. Teacher Nani emo lagi. Sebelum balik ke blog masing-masing, semua dijemput komen secara garing dan berdesing. Terima kasih.


40 scribbleback (s):

Devilishly Delicious Darling said...

HAHAHAHA.

I love this one! Syukur semalam keluar di paper, artikel pasal rokok ada sel darah merah khinzir. Terus call Is, suruh baca. Entah kenapa suka sangat merokok. Semoga Allah mudahkan dia untuk berhenti buat benda membazir ni.

MuNsYi SaMa said...

i know a sarcasm when I hear one.hehe.

Kdg2 bukan ngan setan je diorg kongsi, same2 diorg ppon leh kongsi rokok.Ukhuwah yg kuat.Makanan pon kdg2 kedekut nk kongsi.

Luke said...

Bila ditanya, "sanggup tak bakar duit rm 10?" Dengan pantasnya menjawab OH TIDAK. Tetapi bila beli rokok sanggup plak. Harga makanan naik komplain. Tapi harga rokok naik tak plak komplain. Kesimpulannya: BA WAU DAL WAU HA. ^_^

si gila 2 said...

ayu bukan apa kak nani, x puas hati, kalau dia nak merokok, suka hati dia, ayu tak kesah kalau dia merokok bertempat, ini x, inconsiderate sgt mereka ini. kesian budak2, org tua, orag2 yg ada msalah pernafasan semua.

EmcEE_SubZeRo said...

salam.


when i read the first paragraph.. i was like

"kak nani? mane perginye penglihatan kak nani bila tgk org2 tu dengan 'kawan2' depa bergelumang dgn asap??"

then when i proceed to 2nd 3rd paragraph.. i was like "ah~ this is the kak nani i like!"


ehehehe.

kipidap! suke suke.


and to 'si gila 2'

jgn risau. kak nani skrg sedang dlm state "sarcasm tahap AGAK power" (bcoz i know kak nani can do something wayyyy much better"

it's a compliment. =)

anak pak man said...

no sarcasm detected,,

i fully support the points that have been made in the above blog post..

STOP SMOKER DISCRIMINATION!!

they are human beings just like us who work/study hard for their pay.. It's their RIGHT to spend it in anyway they feel suited, and if they feel like killing themselves and others with it, then who are we to stop them from their rights? It's inhumane i tells ya!

puhleez~

Ayaq masak said...

Sarcasm tahap tertinggi dewa dewi. Saya suka. :D

Nani Othman said...

kak darling - ahaha. i was laughing a little as i was typing it. ngeh, ade darah merah khinzir tu~~ semoga die cepat1 berhenti. it's such a wrong thing to do.

munsyi - sama2 diorg lagi la kena kongsi, persaudaraan kental tu. mana nk cari org lain lg dlm dunia ni yg sudi duduk bersama2 kita, berasap dgn kita smbil membunuh masyarakat sekeliling tanpa rasa berdosa wpun sikit?

luke - sapa merokok dan komplen harga makanan mmg layak diterajang ke tmpat pemprosesan najis. there's a limit to stupidity.

ayu - kalau merokok bertempat pun sama saja effect die. itu salah satu contributions to global warming. malam2 sibuk kalut padam lampu, support earth hour konon - smbil tunggu sejam sekotak rokok jugak habis. ape jadahnye? merokok ni di mana pun memang TAK AKAN bertempat, sama mcm babi disembelih cukup syarat penyembelihan dlm islam pun smpai bila TAK AKAN halal.

mmg kesian kat org lain yg takmau mati tp dipaksa mati, mcm kita. kak nani laser je tanpa tapisan, di mana saja, bila2 masa. they deserve no respect.

Nani Othman said...

azeem - you have forgotten who i am? haha. thanks. i will kipidap.

anak pak man - i didn't say anything about their having the right to murder people just because they earn the money. and besides, what effing money did they earn when they spend more than the time given for breaks to smoke their brains out? that amount they received at the end of the month isn't even theirs, fully. tidak amanah. c*laka.

macha - i am careful. i didn't curse anyone did i? =)

ayaq masak - haha. tak berapa dewi lg ni. but thanks for liking it.

si gila 2 said...

tapi kalau kita cakap mcmana pun, bukan nak berenti. alasan mesti, dh try, tp xboleh, succumb to rokok tuh smpi mati woo, one of my frens even proudly told me, that benda yg dye mesti x miss nk bwk ke mane2 is rokok...and i can't possibly figure out how he actually misses on other things but rokok~~~~

Nani Othman said...

ayu - one of my frens ayah die mati sbb smoking ah. masa nak mati tu batuk2 terkecik cebisan paru-paru sendiri. mmg mati seksa. smokers yg patut tgk scene tu. maybe they'd learn something if their brains aren't yet damaged by the smoke.

Shahrul Muhazad said...

Oh. Sangat menarik. I happened to be one of the smoker. Tapi sikit pun tak terasa hati sebab I've already known all of those things that you said and has been said by millions of people around the world. and I've already knwon what will happen to me and all of those hukum hakam tentang merokok. I salute you for this post :)

Nani Othman said...

shahrul muhazad - it wasn't meant for those who won't terasa hati. it was written for those who would. and thanks for saluting. that felt nice. =)

Shahrul Muhazad said...

Seriously, this post is somewhat heartwarming and it do make me a little bit calm :)

Mr Up-Yours! said...

I agree that smoking is hazardous and I stay away from non-smokers when smoking. But I also stay away from religious justifications in arguing about anything.

Nani Othman said...

shahrul muhazad - man. i really don't know how you could. and i don't know if it's a nice thing or not that you did.

lat!! - most of the times i'd just leave the place when someone starts smoking. i'm allergic to cigarette smoke, sikit2 pun boleh demam. oh. i always prefer to understand Islam's take on issues since i no longer read religious books after i left skool.

cherry~ said...

adik nis sedang berfikir mcm mne na komen garing 2..hehe

Pudina Lee said...

hahaahhaha...

ur sarcasm kicks a**!!

(^_^)v

this post inspired me to do somthing..:)

oh yeah, if u got time try watch this short comedy on smoking: http://www.youtube.com/watch?v=UZZTlq9ZKhw

by Wong Fu Productions...

they're my faveret film makers on youtube..really wanna b like em

Nani Othman said...

adik nis - fikir dalam2. komen garing-garing. haha.

Nani Othman said...

jasmine - it does? i hope it didn't kick yours. XDDD anyway, i'll go watch the said video when the connection's faster. you know how shitlike the line gets when it's raining tigers and wolves (larger version of cats and dogs) around here.

Pudina Lee said...

LOL!!

Tigers n wolves..gtta use that next time!!

here too, its been raining like the 300 cast just showed up

Faisal Admar said...

terbaru, hari khamis or jumaat lepas dalam metro front page, rokok didapti mengandungi sel darah merah babi.

sebab tu sedap kot?

Nani Othman said...

jasmine - 300 cast sounds really nice! but it'd give a bigger impact if you say it like, 'It's raining like the 300 spartans had just been told that they're not yet filmed so shut up!' ok. i'm so offensive.

faisal admar - hahaha. yeah i heard about that from kak imm (read: baca komen first). i guess sbb tu sedap kot, mr faisal. XDDD

Humayra' said...

lol
sarcastic perhaps is an understatement.

btw.. 'Islam bukan agama paksaan' refers to those who are not Muslims, masuk Islam x dipaksa. but to those who are muslims already, obedience is a must (wajib). seriously.. people do use statements in very wrong ways somehow, to suit their needs.

anyway.. may Allah bless..

Nani Othman said...

humayra - that's what i said in my post. and i really do despise the misuse of the line by my own fellow muslims to justify all the blatantly-wrong things they do.

i won't say i'm all good, but i try my best all the time because unlike us, Allah SWT does not blink and He sees everything. but i guess some people tend to forget that, thus the publishing of the post - a reminder not just to the readers, but also to me.

Pudina Lee said...

u're soo picturing the whole Spartans scene u just wrote abt..lol!

Nani Othman said...

jasmine - i have a very graphic imagination. very graphic. XD

Pudina Lee said...

hahahahaha..bleh imagine ur face!

Nani Othman said...

jasmine - you have a graphic imagination too??? haha.

aliya said...

Salam Nani,
LOL, that's a good one, I'm grinning despite my baby's aerobic exercises tonight. Might borrow this idea to share with my durian-headed hardcore addicts later, wink wink.

Nani Othman said...

kak aliya - salam balik. aha. i was laughing a little when i was writing that. XD who are the durian headed you mentioned, kak?

M. Faiz Syahmi said...

smokers ni bukan xtau keburukan isap rokok.
tapi masih jugak merokok.
biasalah kan.
nama pun perokok.
macam orang ketagih dadah jugak.
bukan taktau dadah tu merosakkan hidup.
tapi dok ketagih jugak.

takdak gunanya nasihat mereka ni lagi.
wat sakit hati ja.

Nani Othman said...

faiz syahmi - welcome to NaniScribbles!. hehe. =) yeah i do know that they know the dangers of smoking. but i guess some people just need reminding. i tried straightforwardly, and it didn't work. so why not try politely..like this? hehe. i haven't given up, yet.

come again, yeah?

Adry said...

Dulu kawan slalu tanya saya apa hukum merokok... saya jawab mudah .. HaraM! Sebab takda faedahnya ... lagipun... Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

Saya masih ingat masa bagi tazkirah dalam Kem Remaja Islam yang lepas... saya ingatkan adik adik semua jangan merokok... perumpamaan saya mudah... orang miskin atau orang kaya kalau usia dah lanjut dan maut tiba sebelum sempat menunaikan haji... tak boleh bagi alasan takda duit... duit yang kamu habiskan dengan membeli rokok akan dinilai oleh Allah... rasa lah masa tu nak bagi alasan apa...

Nani Othman said...

adry - mmglah haram. nani rasa tu nationwide dah tahu, tp yg amsih smoking tu sbb degil dan berkeras dgn freedom of choice. nani dgr sendiri kawan nani kata, 'it's my choice to smoke, kalau i mati tu pilihan i sendiri. ramai je org tak smoking pun mati jugak.' i mean, come on-lah, your brain betul2 dah tak boleh pakai ke ape ni?

tapi contoh yg adry bagi tu mmg bagus ah. agaknya masa Tuhan tanya nnt diorg akan buat presentation pasal freedom of choice dan betapa takde duitnya mereka di dunia kot. tu yg mati smoking tak sempat ke mekah tu.

Anonymous said...

good one :)

being a smoker myself, memang menyesal sgt sebenarnya..starting from cuba2 ( konon cool la ) now dah hooked..padan muka aku..

but again, jgnlah smoke depan budak2..( kalau nak mati, tolong jgn libatkan org lain )..

-nan-

Nani Othman said...

anonymous - i hope you'd stop smoking soon. =) you have my prayers. and yeah, memang bangsatlah smoking depan budak-budak. smoking depan sape pun bangsat je sebenarnya.

Anonymous said...

rokok...?? adoih, macam nak pengsan time tu jugak bile ada orang smoking depan2 kak yah. rasa nak sebat2 pon ada gak, maklumlah, kak yah ni bakal cikgu

ButirStar said...

wow.....ada darah babi!!
kena bagitau adik2 aku yg mmg ske merokok terus berhenti lah. tak pasal2 makan benda haram nih! hish!

orang yg merokok ni Allah tak bagi nampak je makhluk apa yang makan asap rokok dia.

cuba bygkan....
dia tengah isap rokok pastu dtg la satu makhluk ni (kalau satu je la. biasanya 5 atau 6 yang datang). badan hitam, mulut ternganga, taring panjang sampai ke bawah dagu, air liur meleleh, mata merah, makan asap depan diaorang.
sah2 diaorang akan terus berhenti merokok ataupun mati on the spot.

Nani Othman said...

anonymous kak yah - hello kak yah. lain kali sebat je. XD

long - tak perlu kagum ye. *nada standard* ye baik kak long bgtau adik2 kesayangan kak long tu tntang penemuan babi dlm rokok (omit je perkataan 'darah' tu, sebut terus babi je) - biar diorg takut. haha. sape sanggup wei sedut babi masuk paru2 sendiri? drp hisap rokok bg jahanam paru2 smbil sedut babi skali, baik makan babi je terus. XD

and pasal makhluk2 tu, kite taktau long..entah2 nnt diorg kagum plak xpnah tgk, terus ajak duk serumah! hahahahahahaha!!

Post a Comment

Only a Sith deals in absolutes. Your thoughts?